Have an account?

INFO TERKINI


Kami pihak

"ANUGERAH DIALYSIS CENTRE"

mengalu-alukan kepada pesakit-pesakit buah pinggang yang mencari tempat untuk dialisis,


DAFTAR SEGERA

bagi proses penempatan di center kami di

TAMAN BERSATU KLUANG JOHOR.


sila TEL/SMS ...


NAMA <> ALAMAT <> NO TEL ANDA


ke


012-2771544 ( Pn. Nazirah)

017-7130072 ( En. Nazri )

019-7774502 ( Pn. Nor )


segala butiran anda kami rekod kan ATAU email ke



Selamat Datang
Ke
Web Rasmi
"Anugerah Dialysis Centre"

Galeri


















*akan dimuatnaik*

Lokasi (Testing)

Peta Lokasi



*klik gambar untuk kejelasan*

Fasiliti (Testing)


*dalam pembikinan*

Perkhidmatan (Testing)

Servis yang ditawarkan

  • + Hemodilisis Kronik
  • + Suntikan
  • + Pemeriksaan Darah
  • + Kaunseling untuk Pengurusan Diet

Anugerah Dialysis Centre (ADC) memfokuskan dalam menyediakan jagaan klinikal yang berkualiti dan mempertingkatkan kehidupan yang berkualiti kepada pesakit Chronic Kidney Disease (CKD).

Di ADC, kami komited untuk memastikan bahawa jangkaan setiap pesakit tercapai. Menyedari pesakit kami mempunyai pekerjaan, keluarga,dan aktiviti sosial jadi kami mengambil langkah tambahan pada setiap pesakit dan fokus kepada keperluan mereka, jadi walaupun berpenyakit ginjal namun mereka masih boleh terus aktif dan produktif.

Pusat kami menawarkan servis CKD yang menyeluruh. Kami menyediakan jagaan hemodilisis, suntikan keperluan dan rujukan pakar perubatan seperti Hospital Kluang dan Hospital Pakar Utama Kluang. Kami juga membantu semua pesakit dengan keperluan nutrisi, klinikal dan psikososial. Setiap pesakit dialisis, termasuk yang dipindahkan dari fasiliti lain adalah di alu-alukan ke pusat kami.

Masa Servis

Isnin hingga Sabtu:

8:00 pagi to 5:00 petang

Sesi rawatan pagi :

7:00 pagi

Sesi rawatan tengahari :

12:00 tengahari

(Masa lain hanya melalui temujanji)

Caj Servis

1
1 rawatan hemodilisis lengkap
RM160.00
2
(i)
Suntikan Recormon 2000 iU *
RM75.00
(ii)
Suntikan Recormon 4000 iU *
RM130.00

(* diperlukan dan disyorkan oleh nephrologist)

Profil Kami (Testing)

Selamat Datang ke Anugerah Dialysis Centre



"Anugerah Dialysis Centre (ADC) telah diasaskan pada Jun 2010, dan dilesenkan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 201X.

ADC mempunyai lesen untuk beroperasi dengan 10 buah mesin dialisis dan mempunyai ruang kapasiti yang boleh memberi rawatan kepada lebih 40 orang pesakit dalam seminggu. Kami memulakan operasi pada X Jun 2010 dengan kemudahan 5 mesin dialisis di bawah pemantauan seorang Pengurus Dialisis yang bertauliah dan seorang pembantu dialisis. Dengan saiz yang sedia ada, pusat kami akan menempatkan 60 mesin dialisis di masa hadapan, mengikut keperluan operasi.

Walaupun pusat kami baru ditubuhkan, ADC mempunyai sumber keperluan, pengetahuan dan kepakaran yang tidak ada tandingannya untuk membangun, beroperasi dan membina nilai, maka dengan itu, kami dapat mengelak sebarang kesulitan yang selalu dihadapi oleh pusat yang baru ditubuhkan. Kemudahan- kemudahan yang sedia ada menunjukkan operasi kami yang efisyen untuk memastikan kami memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit dan bakal pesakit.

Di ADC, kami menyediakan kelengkapan terkini, staf yang terlatih dan servis jagaan ginjal yang komprehensif untuk memastikan rawatan hemodilisis terbaik kepada pesakit End Stage Renal Disease (ESRD)."